Dimaklumkan bahawa berdasarkan surat arahan Pelaksanaan Program Kem Membaca 1Malaysia ( KM1M ) 2017 ( rujukan : KP(BTP-PSP)8810/3/3/Jld.3(23) ) bertarikh 3 Mac 2017 , KM1M merupakan satu aktiviti tahunan KPM bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid.
Program KM1M 2016 akan diadakan serentak di seluruh negara selama tiga hari iaitu pada 4 hingga 6 April 2017 dengan tema Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia.yang mengsasarkan murid sekolah rendah dan juga menengah.
Majlis Pelancaran peringkat sekolah juga akan diadakan serentak di seluruh negara pada 4 April 2017.Sehubungan itu, dipohon Guru Perpustakaan dan Media mengambil tindakan untuk melaksanakan pelancaran dan program tersebut di sekolah masing-masing.mulai 4 hingga 6 April 2017.
Pelaporan KM1M perlu dihantar secara hardcopy @ emailkan ke sani.btpnjoh@moe.gov.my sebelum 20 April 2017 untuk dihantar ke KPM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan